My Family Puzzle

ANDA PENGUNJUNG YANG KE

JIKA ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE 19,281, SILA EMAIL KE fizza_81@hotmail.com beserta bukti no pengunjung anda. Hadiah misteri menanti!!

I LOVE BREASTFEEDING

I LOVE BREASTFEEDING

Saturday, November 14, 2009

Teknik mencairkan perahan susu ibu yang telah di sejukbekukan dan cara penyimpanan

myspace glitter graphics
Glitter Graphics


Info berguna ni ku petik drp blog umidanish.
utk moms yg baru mendapat ank pertama dan ingin memulakan pemerahan susu terutama bg ibu yg berkerjaya.

Bagi ibu-ibu yanG barU memuLakan peraHAn dan penyejukbekuan susu Ibu ataU seperti uMi sendirI yanG barU memilikI anaK perTama, tenTu terTanyA-tanYa bagaImanakah caRanya untUk mencaIrkan susu tersebut seteLah dibekuKan. Adakah dengan memanaskan terus susu tersebut di atas bara api atau didalam oven? So diSini uMi naK kongsi iLmu dan penGalam uMi mencairkAn susu Ibu unTuk minUman bayi uMi.

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;
Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda
2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);
Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:
# Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). 

# Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
# Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
# Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
# Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
# Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH:
TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.

Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.
Susu perahan juga boleh dipanaskan menggunakan pemanas (warmer)


Cara penyimpanan susu ibu yg selamat:

bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
# bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
# bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
# breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
# Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
# Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam # Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
# Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan




Panduan asas penyimpanan susu ibu:
# bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
# catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
# simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
# jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
# susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
# jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
# jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk



Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

MY RESEARCH

SILA ISIKAN SOALAN DI BWH YE MOMMIES SEMUA! TINGGALKAN NAMA DAN EMAIL. NAK BUAT RESEARCH.tq

Adakah anda seorang yg bergelar mama? jika ya...adakah anda seorang yang fully breastfeed anak anda atau anda memberi minum susu formula? sila jawab..
Jia anda pengepam tegar(expressing breastmilk), pam jenis apa yg anda guna?
Adakah anda pakaikan Cloth Diaper(CD/Cding) kepada anak anda? Ada berapa keping CD yg anda ada skang?
Adakah anda suka bershopping online?Produk apa biasanya anda beli secara online?
Name:
Email Address:

create form

I made this widget at MyFlashFetish.com.

KELUARGA KU

Blog Widget by LinkWithin