Ok .. tiba2 ibu terpk nak sharekan 'tip elakkan sakit belakang semasa menyusu'. Ibu sharekan tips ni sbb ibu tahu punya la ramai ibu yang ada masalah sakit2 pinggang bila anak suka mengemping waktu malam2. Bukan kejap2 .. ada yang semalaman .. adeiiii .. Ibu pun kena gak sakit belakang tp takde la semalaman, sbb tue kalo masa menyusukan derang ibu tampung belakang ibu dengan bantal kira macam ada benteng la ... soo takde la badan kita lenguh. Ni salah satu cara bagi ibu2 yang mungkin akan hadapi masalah ni .
Ibu nak sharekan tips, cuba elakkan masalah ini berlaku. Cara ni mmg ibu dah praktikkan sejak zaman Suffiya dulu .. tak baca mana2 pun cuma try n error , org kata belajar dr pengalaman kan ... soo ibu berpengalaman menyusukan 2 anak daress ... sooo sapa2 nak try boleh jugak.
Kenapa ibu sharekan ?? sbbnya skrg ni ibu tengah consult jiran ibu yang ada baby baru berumur 2bulan, punya la suka mengemping malam .. siang tdo .. menyusu pun kuat. Jiran ibu ni surirumahtangga sepenuh masa .. soo dia rasa penat sgt bila anak suka mengemping malam2. Ekutkan sblm2 ni dia mmg tak berjaya menyusukan anak dia .. sooo bila anak yang ke-5 baru berjaya, ibu dengan senang hati nak sharekan pengalaman2 ibu ... bukan nak menunjuk pada mama yang beranak 5 ... tp ibu lebih pd tolong merealisasikan impian dia utk menyusukana anak selama yang boleh ... Kakak ipar pun mengalami masalah yg sama smp dia cakap, next baby dia takmoh menyusukan anak dia sbb sakit badan ... adoiiiiiiiiii ... ibu rasa tersentap dgn statement tue .. Insyaallah baby yang ke-3 dia nanti, ibu nak tolong dia habis2an ... jangan giveup.
Apa yang ibu buat bila Suffiya & Zulaikha suka mengemping waktu malam ??? Ni hanya pengalaman ibu yerk ... sapa yang nak try.. boleh la cuba.
1. Apabila menyusukan anak kalau boleh jangan ajar dia 'mengemping' dari peringkat awal lagik. Ibu train derang dr dalam pantang lagik. Cuba limitkan berapa lama di boleh menyusu ... pastu stop.
2. Ajar anak tdo secara meniarap .. agar dia rasa selamat & selesa. ( Pastikan guna bantal yang nipis cth : lolipop sbg alas kepala @ alas dgn kain batik pun boleh lipat kecik2)
Pengalaman ibu, ibu estimate time kalo nak menyusukan anak2. Ibu menyusukan derang lebih kurang 15-20min pastu stop. Tapi ibu tengok jugak, kalau zulaikha menyusu dgn kadar yang laju ibu takkan stop sbb mungkin masa tue mmg dia lapar TAPI jika dia start minum ..berhenti .. minum berhenti dgn mata tertutup .. perlahan2 ibu cuba tarik nipple .. kalo dia sedut balik, ok bagi balik ..pastu take time utk tarik balik nipple kita ... pastu terbalikkan badan dia utk bagi dia tdo meniarap. Tdo meniarap ni bagus bagi susu terkeluar balik kalau anak tersedak. Bila tdo meniarap anak2 kita akan tdo lebih selesa dr tdo terlentang & akan tdoo lebih lama.
Ibu rasa cara ni, boleh la kawan2 ibu semua cuba utk mendisplinkan anak2 agar tidak mengemping waktu malam. Ibu start train derang dr dlm pantang soo Suffiya atau Zulaikha takde masalah utk tidak mengemping waktu malam. Bila anak2 dah besar mungkin susah kita nak train tp bagi expected mummy .. cuba la nanti tips ni, mungkin boleh membantu serba sedikit.
KOMEN SAYA:
memang mase memula bf dulu(sewaktu dlmpantang) ku mmg mengalami sakit belakang nih..sbb ku laa org yg paling malas nak sandar/sendal ape2x kat belakang ni mase baby ngemping . dedulu tiapkali darwisya ngemping, ku suke bf die atas katil tp just duduk kat birai je..tahlaaa...cam malas je nak sandarkan bbelakang bdn pd kepala katil..nak ikutkan kena sandar kan bdn dgn bantal kat kepala katilkan...dan akibatnye ku selalu kena sakit blakang...kdg2x mcm nak nangis, lagi2x bile darwisya ngemping teramat la lama...cam nak tercabut tulang bakang nih...dedulu malas nak menyandar kat kepala katil tu sbb mase tuh tgh sakit luka jahitan(episiotomy)...so, cam sakit sgt muntutu ni klu nak mengengsot...dan bile nak bangun, jgn ckpla...lagi sakit...sudahnye tuh yg terpaksa korbankan nyusukan anak dekat birai katil je tanpa menyandar..tp skang dah kurg skit..dah tak berapa sakit sgt even kdg2x tahap malas nak menyandar tu adelagik dlm diri...hehehe
tp ade kata2x kak nieza di atas yg mengatakan
"Pengalaman ibu, ibu estimate time kalo nak menyusukan anak2. Ibu menyusukan derang lebih kurang 15-20min pastu stop. Tapi ibu tengok jugak, kalau zulaikha menyusu dgn kadar yang laju ibu takkan stop sbb mungkin masa tue mmg dia lapar TAPI jika dia start minum ..berhenti .. minum berhenti dgn mata tertutup .. perlahan2 ibu cuba tarik nipple .. kalo dia sedut balik, ok bagi balik ..pastu take time utk tarik balik nipple kita ... pastu terbalikkan badan dia utk bagi dia tdo meniarap. Tdo meniarap ni bagus bagi susu terkeluar balik kalau anak tersedak. Bila tdo meniarap anak2 kita akan tdo lebih selesa dr tdo terlentang & akan tdoo lebih lama."
cara2x kak nieza ni mmg sama dgn cara sy..itulah yg sy lakukan tau..
No comments:
Post a Comment