My Family Puzzle

ANDA PENGUNJUNG YANG KE

JIKA ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE 19,281, SILA EMAIL KE fizza_81@hotmail.com beserta bukti no pengunjung anda. Hadiah misteri menanti!!

I LOVE BREASTFEEDING

I LOVE BREASTFEEDING

Monday, October 05, 2009

INFO EBM UTK MOMMIES YG NAK START BEKERJA AFTER BERPANTANG

nak share info EBM ni yg kudapat dari yitsimuni.com memandangkan lagi seminggu ku akan mula bekerja setelah habis berpantang 2 bulan...utk pengetahuan, ku start cuti pantang since 6/08/09(darwisya birthdate) sampailah skang dan naik kije pada 12/10/09...itupon ku sambung cuti...supposed naik 7/10..hehehehe..
jom bace info di bawah ni...berguna dan boleh dijadkan panduan utk momies yg berkarier mcm ku...

Info EBM

Written by Fid on July 31, 2006 – 7:19 am -

Hari ni nak menaip mengenai EBM dan pengendaliannya (betul ke word ni?)..Base on my experience menyusukan baby selama 10 bulan 2 minggu (laa baru 10 bulan 2 minggu)..Alhamdulillah….
Mengepam di tempat kerja.(Kena pam la kalau tak mcm mana nak buat stok EBM;expressed breastmilk).
Barang-barang yang diperlukan.(Nak kena bawa gi office nih)
1.Breast pump (kalau cekap perah guna tgn tak payah pump..saya guna yg avent manual at office)
2.Botol susu (saya bawa 4 botol 4 oz everyday + disposable plastic cap avent…in case botol tak cukup…kena plak hari rajin mengepam.)
3.Cooler bag & chiller (saya guna yg cap medela)kain lap (nak guna lap pump lps cuci)
Cara menyimpan susu (ketika di office)
Boleh simpan dalam fridge office jika ada
Jika tiada boleh simpan dalam cooler bag.(saya simpan dalam cooler bag walaupun ada fridge kat office…
Pagi2 datang tumpangkan kejap chiller dalam freezer then lps pam dalam pkl 11am tu ambil chiller masukkan dalam cooler bag simpan….)
Sampai aja kat rumah terus transfer susu ke dalam fridge/freezer
Tempoh penyimpanan susu
- ruangan beku peti sejuk 2 pintu- 3 bulan
- ruangan beku peti sejuk 1 pintu- 2 minggu
- ruangan sejuk peti sejuk – 1-3 days
Cara nak bagi kat baby
susu yg beku- cairkan semalaman dgn meletakkan di ruangan sejuk peti ais ataupun dicairkan dgn merendam/melalkan dgn air biasa…
bila dah cair panaskan dgn merendamkan dalam air panas/suam..agak2 suam2 kuku gitu blehlah diberi kepada baby.
susu sejuk-panaskan dgn merendam ke dalam air panas.
Bagaimana bawa ke nursery?
Saya gunakan coleman Xtreme double cooler bag.Ada 2 tingkat satu tingkat susu satu tingkat bubur.
chiller: guna techni ice
perhatian:
- Susu yg sudah dicairkan dalam ruangan sejuk peti sejuk boleh dibiarkan didalam ruangan sejuk selama 24 jam
- susu yg sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh di simpan/disejukkan/dibekukan semula
- susu lebihan bayi minum boleh tahan lebih kurang 1 jam under room temperature..Kalau tak habis juga..kena buang..alahai sayangnya….
- Labelkan susu dgn nama baby,tarikh dan masa.
Macam mn nak tahu susu masih elok..
rasa-kalau masih manis tu ok lg…bau-kalau bau tak masam okNote: EBM yg telah dibekukan memang bau pelik sikit..ada bau mcm sabun sikit….Tetapi jgn risau susu tu masih OK..masih berkhasiat.Insya Allah
Kat office pam kat mana? (Ikut persekitaran tempat)
saya pam kat in house klinik.ada kawan2 yg pam kat suraukalau ada bilik sendiri lagi bagus.kat store pun ada org pam.
Kat Office macam mana cuci pam?
Mmm..saya cuci dgn air paip kemudian saya cuci pula dgn air panas.kemudian lap dan simpan utk digunakan.Berapa kali pam sehari?
Kalau kat office selalunya pam 2 kali..kadang pam 3 kali..
Jadual pam kat office:
sesi1 : pukul 11am-12am
sesi 2 : pukul 3pm-4pm
Kat rumah:
week day – pukul 8-9pm & 5-6am
weekend -
sesi 1 : Pukul 6-7am
sesi 2 : Pukul 10-11am
sesi 3 : Pukul 4pmSesi 4 :P ukul 10pm
Kalau weekend ni depend juga..kadang2 pam setiap kali baby menyusu kecuali waktu malam.Kalau time stok tak ada tu..Pergi berjalan2 pun bawa pump hehehehe…




Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

MY RESEARCH

SILA ISIKAN SOALAN DI BWH YE MOMMIES SEMUA! TINGGALKAN NAMA DAN EMAIL. NAK BUAT RESEARCH.tq

Adakah anda seorang yg bergelar mama? jika ya...adakah anda seorang yang fully breastfeed anak anda atau anda memberi minum susu formula? sila jawab..
Jia anda pengepam tegar(expressing breastmilk), pam jenis apa yg anda guna?
Adakah anda pakaikan Cloth Diaper(CD/Cding) kepada anak anda? Ada berapa keping CD yg anda ada skang?
Adakah anda suka bershopping online?Produk apa biasanya anda beli secara online?
Name:
Email Address:

create form

I made this widget at MyFlashFetish.com.

KELUARGA KU

Blog Widget by LinkWithin