Wednesday, September 30, 2009
Hukum Menyusukan....
tertarik dgn topik yg jumpa dr satu blog ni...saje nak share info on bf ni
Tang bab disebut dalam Al-Quran Mothers shall give such to their children for two whole years, for those who wish the suckling to be completed if after consultation, they choose by mutual agreement to wean the child, it is no offence for them� (Al-Baqarah: 233)
-Ustaz menerangkan maksud ayat dlm surah Al-Baqarah ayat 233
“dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu patut beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Tafsir pimpinan Ar-Rahman)
Mengenai penyusuan dari yang bukan ibu kandung, saya berpendapat bahawa apabila seseorang itu mempunyai anak, maka si bapa harus berhati-hati siapa yang menyusukan anaknya dari golongan yang bukan dari ibu kandungnya atau isterinya dalam tempoh menyusu iaitu dalam tempoh dua tahun.
Para ulamak menyebutkan anak susuan itu dengan apa yang diharamkan dengan nasab dari segi perkahwinan sebanyak lima kali susuan yang mengenyangkan atau menyusu sehari semalam dalam tempoh penyusuan dua tahun. Terdapat khilaf antara saidina Umar dan saidina Ali tentang masalah ini. Telah datang seorang isteri yang melahirkan anak setelah enam bulan mengandung sedangkan kebiasaan mengandung ialah 9 bulan. Maka saidina Umar al-Khattab ingin menjatuhkan hukuman ke atas wanita tersebut tetapi saidina Ali ingin menyelesaikan masalah ini dengan merujuk kepada firman Allah:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”
al-baqarah 233
Iaitu tempoh penyusuan adalah selama dua tahun atau 24 bulan. Kemudian saidina Ali menyebutkan firman Allah:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” al-Ahqaf, ayat 15
Ayat ini menyebutkan penyusuan selama 30 bulan. Maka tempoh penyusuan yang sebenar adalah 24 bulan. Maka baki bulan mengandung ialah enam bulan.Oleh sebab itu, mungkin bagi tempoh seorang wanita mengandung adalah enam bulan. Oleh yang demikian, wanita tersebut terlepas dari hukuman tersebut.
Berbalik kepada masalah penyusuan bahawa nabi pernah menyebutkan bahawa apa yang diharamkan dari nasab diharamkan pula kerana penyusuan. Sebagai jalan penyelesaian, adalah disarankan agar ditulis nama ibu yan menyusukannya agar tidak mendatangkan masalah pada hari kemudian di sijil kelahiran atau lain-lain surat yang dapat membuktikannya.
Apa yang diharamkan kerana nasab diharamkan pula kerana penyusuan. Allah berfirman:
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, saudara-saudara bapamu, dan saudara-saudara ibumu, anak-anak saudaramu yang lelaki, anak-anak saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara susuanmu, ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka, maka tiadalah salah kamu mengahwininya. Dan bekas isteri anak-anakmu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang berlaku di masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Al-Nisa`: 23
Dalam ajaran Islam, bayi yang belum mencapai usia dua tahun iaitu tempoh penyusuan jika menyusu kepada seseorang wanita, maka wanita itu menjadi ibu susunya. anak-anak ibu susuan baik dari suami yang sekarang atau suami yang terdahulu maupun yang akan datang, semua menjadi saudara-saudara susu bagi yang menyusu itu. Suami ibu susuan menjadi ayah susuan dan anak-anak dari ayah susuan walaupun dari ibu yang lain juga menjadi saudara susu. Saudara dari ayah susuan menjadi bapa saudaranya.
Masalah hanya sekali menyusu atau harus lima kali baru dianggap sah sebagai penyusuan adalah masalah khilafiah. Bagi Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat cukup hanya sekali menyusu sedangkan mazhab Syafi`i dan Hambali mengharuskan lima kali menyusu. Pendapat yang pertama berdasarkan pada pemahaman ayat secara umum sedangkan pendapat yang kedua berdasarkan pada hadis sahih yang kedua-dua diriwayatkan oleh para sahabat.
Penyusuan yang dianggap sah ialah sampai bayi itu sendiri melepaskan mulutnya dari puting ibu susu dengan kemahuan sendiri lama atau sebentar. Saudara-saudara dari anak yang menyusu tidak terpengaruh apa-apa.Mereka boleh kahwin dengan anak-anak dari ibu penyusu. Jadi yang terkena hukum penyusuan hanya yang menyusu saja.
Yang mengatakan meskipun disusui satu titis dan hanya sekali sudah terkena hukum penyusuan, tidak membezakan pula antara penyusuan pada puting si ibu atau melalui suapan atau dengan perantaraan botol dan adakah melalui mulut atau melalui hidung (سعوط) bagi bayi yang sakit. Pokoknya asal diyakini bahawa air susu masuk ke perutnya, maka dia termasuk sebagai anak susuan. Ini berbeza dengan Ibn Hazm yang saya akan terangkan kemudian pandangannya. Penyusuan hanya bagi bayi di bawah usia dua tahun. Bila lebih maka terlepaslah dari hukum penyusuan. Hukum ini sama bagi wanita yang janda dan yang bersuami. Adapun pemindahan atau derma darah bagi bayi tidak dapat disamakan dengan penyusuan.
Kesimpulan
Kita boleh susukan anak kita lebih dari 2 tahun. Mana ada hukum kata kalau susukan anak lebih dari 2 tahun sama seperti memberi anak minum darah..Salah..Tidak benar!!
Hidup biar sentiasa belajar jangan asyik mencemuh...
Hukum Menyusukan....
soalan
SAYA seorang ibu dan masih menyusukan anak yang berumur dua tahun. Ramai orang berkata, tidak elok terus menyusukan anak yang umurnya melebihi dua tahun. Malah, ramai juga yang melarang menyusukan anak jika kita hamil lagi.
Apa pandangan Islam dalam hal ini? Bagaimana pula jika wanita itu mengandung setiap tahun? Adakah dia perlu berhenti memberi susu badan kepada anaknya dan menggantikan dengan susu formula?
Jawapan:
Penyusuan susu badan ibu sangat digalakkan dalam agama Islam. Bukan saja susu ibu baik daripada sudut kesihatan anak, tetapi ia boleh menjadi penjarak kehamilan bagi ibu.
Tiada tegahan dalam agama jika ibu masih mahu menyusu anak sehingga lebih umur dua tahun. Cuma yang disarankan dalam al-Quran ialah masa terbaik untuk memberi susu badan ialah selama dua tahun.
Tidak menjadi kesalahan agama juga mahupun daripada segi kesihatan terus menyusukan badan, walaupun hamil. Tiada istilah minum susu hak orang lain yakni minum susu bakal adik yang akan tiba seperti yang dikatakan setengah pihak kerana hak susu anak yang lahir ialah sebaik saja dia dilahirkan. Selama mana wanita itu mempunyai susu untuk diberikan pada anak, berilah kepadanya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MY RESEARCH
KELUARGA KU
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
No comments:
Post a Comment