My Family Puzzle

ANDA PENGUNJUNG YANG KE

JIKA ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE 19,281, SILA EMAIL KE fizza_81@hotmail.com beserta bukti no pengunjung anda. Hadiah misteri menanti!!

I LOVE BREASTFEEDING

I LOVE BREASTFEEDING

Wednesday, September 30, 2009

HANDS FREE PUMPING

kU dah jumpa cara baru utk memudahkan ku semasa sesi mepumping...hehehe...
mase baca forum susuibu.com semalam, ku terjumpa cara2x berkesan ni...ku tryla buat dan ianya mmg menjadi dan berkesan..ku soka! lepas ni dah tak payah la lagi kebersusah payah memegang botol lagi mase mengepam sbb ku dah ade cara terbaru iaitu 'hands free pumping' yg dibuat oleh kusendiri dgn mengunakan getah biase saje...dan ku tak jadi la nak beli pumping pal (yg ade dipasaran) skang..dah jimat RM64..bukannye murah, mahal tu!!!
dan lepas nih boleh ber YM dan ber blogging tanpa gangguan..heehhe(means, mase mengepam pon takde masalah nak bertenet...) ini juga akan membuatkan aku akan rajin utk mengepam dan happy je..bila happy , susu pon byk...hehhe...
lagi satu, lepas ni klu aku nak pam mase tgh drive pon tak jadi masalah....ku kena beli car inverter utk pam kat keta..dah ade dlm my wish list gak...harga dlm rm90(ngah ngompol wang ni)
see!! sape kata Spectra 3 tak bole buat hands free pumping...jgn igt medela Freestyle je yg buleh...hehehe...saje dengki mommy yg pakai FS...
utk melihat cara2x nak buat hands free pakai getah ni, boleh masuk ke sini -->  
kellymom
dibawah ni adelah cth2x pic nye...senang dan mudah kan? semudah ABC air batu campur makcik senah











Image Hosted by ImageShack.us

RESEPI LOBAK PUTIH-->KUSOKA

Resepi: Steak Lobak Putih


Bahan-bahan

* 5 keping lobak putih (setebal 1.5cm)
* 100gm daging (potong nipis)
* 2sb sos daging bakar/bbq or equavalent
* 1 biji bawang besar(potong bulat)
* sedikit minyak untuk menggoreng
* garam secukup rasa
* 1sk bijan
* 1 biji timun jepun

Cara-cara

1. Kupas kulit lobak putih, balut dengan plastik wrap, masukkan dalam microwave selama 5 minit.
2. panaskan frypan dengan sedikit minyak, goreng lobak putih sedikit keperangan kedua belah. angkat dan letak dalam pinggan.
3. dalam frypan yang sama, goreng bawang besar sampai layu. angkat dan letak atas pinggan.
4. tambah sedikit minyak dalam frypan, goreng daging yang telah digaul dengan garam. agak sudah masak, masukkan sos bbq dan bijan. angkat dan letak atas pinggan.
5. slice timun menggunakan peeler. tabur garam dan biarkan sekejap supaya layu. basuh dan lap air. hiaskan atas pinggan bersama lobak putih dan daging.

Lobak putih adalah salah satu makanan yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu..dan baik untuk kesihatan ginjal.

DAN LAGIK...

Resepi: Sup lobak putih dengan daging

Bahan-bahan:

* Lobak putih
* Daging
* Bawang putih
* halia
* halba
* Garam
* minyak masak
* air

Cara-cara:

* Panaskan minyak dan tumis (halia,bawang putih dan halba)
* Bila naik bau masukkan daging. Kemudian masukkan air.
* Setelah mendidih masukkan lobak putih.
* Masukkan garam.
* Bila dah empuk sedia untuk dimakan.





Image Hosted by ImageShack.us

LIST KAEDAH2X YG BOLEH MENAMBAHKAN SUSU BADAN YG PERNAH KU TRY DAN LAKUKAN

Tadi ku jalan2x blog terjumpa artikel nih..So, ter pk plak nak wat entry.
Yg dibwh ini adalah antara makanan dan minuman yg diyakini dpt membantu menmbahkan susu badan..dan aku saje nak share beberapa makanan dan minuman yg dah aku cuba selama sebulan lebih menyusukan darwisya susu badan. sementelah skang ni kusibuk bebeno mencari dan menservey makanan dan minuman yg menambah susu bdn...klu oleh smua ku nak cuba..heheh...
P/S: YANG TAK DITANDAKAN LAGI TU BELUM PERNAH KUCUBA LAGI YEK...INSYAaLLAH DIMASA AKAN DTG KAN KUCUBA

makanan/minuman

* WATER CHESTNUT/SENGKUANG CINA   --> SELALU beli air tin ni
* LONGAN KERING direbus dan minum airnya -->baru je try 2 hari lepas..sedap!nak borong byk2x lagi
* MADU
* JANTUNG PISANG
* PUCUK MANIS
* KUCHAI
* PUCUK BETIK
* BETIK MUDA
* PUCUK BERUAS
* FENUGREEK/HALBA direbus minum air atau dikisar -->kubeli yg pil punye dr sini http://babysnowdrop.blogspot.com/
* LOBAK PUTIH  -->dah mula makan sejak mula berpantang lagi..rajin mak ku masakkan..tp mmg susu aku meriah giler...alhamdulillah..tp dah lama tak mkn lobak nih..isk,kena progress balik ni
* HORLICK/OAT  -->minum campur kedua2x..baru sedap
* ALFALFA
* KURMA  -->since bln pose haritu byk makan
* SOYA -->kubeli dari kedai sarakids dan lunatot
* SAWI  -->skang tak tgok sayur lain dah..sawi,bayam,kobis,carrot
* KOBIS
* CARROT
* PEGAGA
* PERIA
* BROCCOLI
* BARLI  -->haritu kebetulan ayah terjumpa stok barli lama..ehheh tp still boleh makan lagi
* SPIRULINA
* IKAN TENGGIRI -->penah gak masak asam pedas
* SEAWEED


Perbuatan

* KERAPKAN MENGEPAM -->nak kata kerap sgt pon tak juga sbb ku masih cuti berpantang dan lebih byk kan direct feeding dr mengepam. Tp skang ni ku sibuk mengumpul stok EBM dan mempraktiskan darwisya minum mengunakan susu botol memandangkan lg 2 mnggu ku nak start keje.(naik 12hb 10)(ku suh emakku bagi susu botol dan sumtimes ku saje kuar jln2x tinggalkan anak kat umah dgn neneknye.Sib baik darwisya nak minum susu dr bbotol...lega rasenya..
* MENGURUT pon jarang...klu ingt je baru dok urut..heheh
* TANGANI STRESS  --ku mmg sentiasa stresss...hua hua hua..tp bile bf or pumping ku cuba cari ketenagan..insyaAllah

dipasaran

* PIL ASI
* SHATAVARI PILS
* MOTILIUM
* MAXOLON
* MILKMAID TEA
* HABATUSSAUDA
* OMEGA 3
kesemua list diatas ni kubelum pernah lagi mencuba tetapi dah ade dlm wish list ku..tgh ngompol duit je nih ...yg di bold kan tu adalah antara yg ku akan beli nanti .



Image Hosted by ImageShack.us

Hukum Menyusukan....

tertarik dgn topik yg jumpa dr satu blog ni...saje nak share info on bf ni


Tang bab disebut dalam Al-Quran Mothers shall give such to their children for two whole years, for those who wish the suckling to be completed if after consultation, they choose by mutual agreement to wean the child, it is no offence for them� (Al-Baqarah: 233)

-Ustaz menerangkan maksud ayat dlm surah Al-Baqarah ayat 233

“dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu patut beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Tafsir pimpinan Ar-Rahman)

Mengenai penyusuan dari yang bukan ibu kandung, saya berpendapat bahawa apabila seseorang itu mempunyai anak, maka si bapa harus berhati-hati siapa yang menyusukan anaknya dari golongan yang bukan dari ibu kandungnya atau isterinya dalam tempoh menyusu iaitu dalam tempoh dua tahun.

Para ulamak menyebutkan anak susuan itu dengan apa yang diharamkan dengan nasab dari segi perkahwinan sebanyak lima kali susuan yang mengenyangkan atau menyusu sehari semalam dalam tempoh penyusuan dua tahun. Terdapat khilaf antara saidina Umar dan saidina Ali tentang masalah ini. Telah datang seorang isteri yang melahirkan anak setelah enam bulan mengandung sedangkan kebiasaan mengandung ialah 9 bulan. Maka saidina Umar al-Khattab ingin menjatuhkan hukuman ke atas wanita tersebut tetapi saidina Ali ingin menyelesaikan masalah ini dengan merujuk kepada firman Allah:


“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”
al-baqarah 233

Iaitu tempoh penyusuan adalah selama dua tahun atau 24 bulan. Kemudian saidina Ali menyebutkan firman Allah:


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” al-Ahqaf, ayat 15

Ayat ini menyebutkan penyusuan selama 30 bulan. Maka tempoh penyusuan yang sebenar adalah 24 bulan. Maka baki bulan mengandung ialah enam bulan.Oleh sebab itu, mungkin bagi tempoh seorang wanita mengandung adalah enam bulan. Oleh yang demikian, wanita tersebut terlepas dari hukuman tersebut.

Berbalik kepada masalah penyusuan bahawa nabi pernah menyebutkan bahawa apa yang diharamkan dari nasab diharamkan pula kerana penyusuan. Sebagai jalan penyelesaian, adalah disarankan agar ditulis nama ibu yan menyusukannya agar tidak mendatangkan masalah pada hari kemudian di sijil kelahiran atau lain-lain surat yang dapat membuktikannya.

Apa yang diharamkan kerana nasab diharamkan pula kerana penyusuan. Allah berfirman:


“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, saudara-saudara bapamu, dan saudara-saudara ibumu, anak-anak saudaramu yang lelaki, anak-anak saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara susuanmu, ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka, maka tiadalah salah kamu mengahwininya. Dan bekas isteri anak-anakmu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang berlaku di masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Al-Nisa`: 23

Dalam ajaran Islam, bayi yang belum mencapai usia dua tahun iaitu tempoh penyusuan jika menyusu kepada seseorang wanita, maka wanita itu menjadi ibu susunya. anak-anak ibu susuan baik dari suami yang sekarang atau suami yang terdahulu maupun yang akan datang, semua menjadi saudara-saudara susu bagi yang menyusu itu. Suami ibu susuan menjadi ayah susuan dan anak-anak dari ayah susuan walaupun dari ibu yang lain juga menjadi saudara susu. Saudara dari ayah susuan menjadi bapa saudaranya.

Masalah hanya sekali menyusu atau harus lima kali baru dianggap sah sebagai penyusuan adalah masalah khilafiah. Bagi Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat cukup hanya sekali menyusu sedangkan mazhab Syafi`i dan Hambali mengharuskan lima kali menyusu. Pendapat yang pertama berdasarkan pada pemahaman ayat secara umum sedangkan pendapat yang kedua berdasarkan pada hadis sahih yang kedua-dua diriwayatkan oleh para sahabat.

Penyusuan yang dianggap sah ialah sampai bayi itu sendiri melepaskan mulutnya dari puting ibu susu dengan kemahuan sendiri lama atau sebentar. Saudara-saudara dari anak yang menyusu tidak terpengaruh apa-apa.Mereka boleh kahwin dengan anak-anak dari ibu penyusu. Jadi yang terkena hukum penyusuan hanya yang menyusu saja.

Yang mengatakan meskipun disusui satu titis dan hanya sekali sudah terkena hukum penyusuan, tidak membezakan pula antara penyusuan pada puting si ibu atau melalui suapan atau dengan perantaraan botol dan adakah melalui mulut atau melalui hidung (سعوط) bagi bayi yang sakit. Pokoknya asal diyakini bahawa air susu masuk ke perutnya, maka dia termasuk sebagai anak susuan. Ini berbeza dengan Ibn Hazm yang saya akan terangkan kemudian pandangannya. Penyusuan hanya bagi bayi di bawah usia dua tahun. Bila lebih maka terlepaslah dari hukum penyusuan. Hukum ini sama bagi wanita yang janda dan yang bersuami. Adapun pemindahan atau derma darah bagi bayi tidak dapat disamakan dengan penyusuan.


Kesimpulan

Kita boleh susukan anak kita lebih dari 2 tahun. Mana ada hukum kata kalau susukan anak lebih dari 2 tahun sama seperti memberi anak minum darah..Salah..Tidak benar!!

Hidup biar sentiasa belajar jangan asyik mencemuh...


Hukum Menyusukan....

soalan

SAYA seorang ibu dan masih menyusukan anak yang berumur dua tahun. Ramai orang berkata, tidak elok terus menyusukan anak yang umurnya melebihi dua tahun. Malah, ramai juga yang melarang menyusukan anak jika kita hamil lagi.

Apa pandangan Islam dalam hal ini? Bagaimana pula jika wanita itu mengandung setiap tahun? Adakah dia perlu berhenti memberi susu badan kepada anaknya dan menggantikan dengan susu formula?

Jawapan:

Penyusuan susu badan ibu sangat digalakkan dalam agama Islam. Bukan saja susu ibu baik daripada sudut kesihatan anak, tetapi ia boleh menjadi penjarak kehamilan bagi ibu.

Tiada tegahan dalam agama jika ibu masih mahu menyusu anak sehingga lebih umur dua tahun. Cuma yang disarankan dalam al-Quran ialah masa terbaik untuk memberi susu badan ialah selama dua tahun.

Tidak menjadi kesalahan agama juga mahupun daripada segi kesihatan terus menyusukan badan, walaupun hamil. Tiada istilah minum susu hak orang lain yakni minum susu bakal adik yang akan tiba seperti yang dikatakan setengah pihak kerana hak susu anak yang lahir ialah sebaik saja dia dilahirkan. Selama mana wanita itu mempunyai susu untuk diberikan pada anak, berilah kepadanya.



Image Hosted by ImageShack.us

Monday, September 28, 2009

THANX MAMA QIS!-CD DARWISYA BARU SAMPAI

Baru tadi gi amik parcel yang dihantar oleh mama Qis kat pejabat pos besar . Sebenarnye parcel nih sampai kat pejabat pos jb dah lama...sebelum raya lagi tp disebabkan mase officer pejbt pos tu call suh amik parcel nni, ku dah berada di umah mertuaku di simpang renggam.. die plak col suh amik sebelum pukul 12.30pm sbb mase tu hari sabtu,half day working. Mcm ne ku nak amik kan? And then die ckp klu tak sempat amik aritu, ku kena amik lepas raya pd 23 hb(raya keempat) memandangkn pejabat pos tu bukak pd tarikh tersebut . So ku pon terpakse hold kan je parcel tuh sampailah ke hari ni sbb 22hb plak ku dah bergerak ke rawang utk beraya ke rumah adik2x ku ... dan akhirnya hari ni barulah kuberpeluang mengambilnye dan parcel itu adalah Cloth Diaper yg kuidam2x kan selama ni. Ku dpt dari kedai mama Qis . Utk 3 kpg CD babyland harganya hanya RM85 termasuk postpaid. thanx Qis!
so, skang CD wisya dah ade 4 keping -1 Cd lunatot yg kubeli dr Sarakids dan 3 CD babyland dr mama Qis

ini koleksi CD my baby darwisya...lepas ni nak kumpol byk2x lagi...nak cukupkan 20cd...insyaAllah...igt nak try coolababy plak . CD coolababy ade di sini --->http://www.enjoybreastfeed.com/


inilah 3 keping CD babyland yg baru dpt tadi


dan lagi



ni plak 1 kpg CD lunatot...Cd pertama yg kubeli utk darwisya sbg tempoh percubaan .nampaknye darwisya sesuai dgn Cd ni..dan kainnye agak tebal sikit berbanding babyland



Image Hosted by ImageShack.us

HADIAH UNTUK DARWISYA DI HARI RAYA


ni hadiah dr pakcik sedara die najib dan istrinye yg kat rawang . hadiah ni darwisya dpt mase hari raya kedua...

 
brg2x ni juga diberi oleh najib dan istrinye..murah rezki darwisya.kebetulan mama pon tgh mengumpul botol susu utk wat stok EBM



ni plak diberi oleh makcik sepupu darwisya mase hari raya ke 8(semalam) thanx aunty jilah dan aunty uda.dpt gak semalam jumpe baby afiq ank kak jilah mase beraya umah mokde(mak kak jilah). Afiq mase lahir tak cukup  bulan. beratnya hanya 1.3 kg je mase lahir tp semalam dtg, die dah naik 3.3 kg dah...wah,cepat gak naik...alhamdulillah...afiq dah sihat n jd mcm baby normal yg lain padahal dulu terpakse tahan nicu 2 mggu..sian mak die ulang alik ke hospital



saje nk tayang beberapa koleksi sampul raya je duit raya darwisya utk semalam( beraya)




Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, September 27, 2009

CAR STICKER DARI LUNATOT


CAR STICKER CLOTH DIAPER NI KU BELI DARI KAK SUE LUNATOT..HARGANYA CUME RM2 SAJE...DAN IANYE DAH SELAMAT TERLEKAT DI BELAKANG KERETAKU...NNT KU UP KAN PHOTO KERETAKU TUH YERK..




LAGI SATU CAR STICKER BFEEDING NI PON KUTAMPAL GAK...KUDPT DARI MAMA HADIF DI SUSUIBU.COM..HARGA RM7 TERMASUK POSTPAID..BANGGA WEH DAH LEKAT BENDA NIH///
HAPPY BFEEDING!




Image Hosted by ImageShack.us

WAJAH HAPPY DARWISYA DAPAT DUIT RAYA


MINAH NI TAK TERAGAK2...HAPPY BETOL DPT DUIT RAYA DARI PAKCIKNYE YG BERNAMA WAN TUH...KECIK2X DAH PANDAI KENAL DUIT...HEHEHHE



DAN LAGI...TGOKLA TUH...BILE DPT DUIT, MENYENGIH MANJANG...TAK PADAN BTOL..HEHEHHE

Thn nih mmg mama teramatla syok dan braya sakan sebb darwisya byk dpt duit raya dr sedara mara die...ehhehe..mama akan simpan di ASD darwisya ataupon separuh belikan brg2 darwsiya yerk..




Image Hosted by ImageShack.us

WAJAH HARI RAYA DI RAWANG DAN BANTING

Pada raya ketiga hingga kelima ku bawak darwisya gi beraya ke rumah bapak2x sedaranya di rawang dan banting ..yg sertai kami ialah mak ayahku,adik bongsu n adik 2nd lastku... adik ku yg duduk kat rawang baru je kawin bulan 6 yg lepas..so, mak nak tgok umah baru die laaa sekali..

ini raya keempat. dirumah adik lelakiku yg no 4 dgn isterinya yg berbaju itam tu...adil lelakiku yg berbaju belang itam tu..yg berbaju ijo plak adik bongsuku dan yg belakang sekali tu lah ayahanda ku/// bondaku yg berbaju ijo tu



dan lagi...yg berbaju putih tu my adik lelaki yg 2nd last. die pon nak interprem gak



inilah wajah pengantin baru(adik lelaki dan sil ku)dorang nih berkenalan semasa sama2x study kat uitm shah alam..


nih plak semasa gi beraya umah besan mak dan ayahku iaitu kuarga sil ku yg bertudung oren tuh...jenuh berjalan dr rawang ke bkt aman. ni diriku, darwisya bersama neneknya(ibuku)




darwisya dan mama pon nak berposing berdua gak...



wajah penat darwisya selepas beraya di bkt aman...trus tdo


lagi wajah leypark nyer..



yg ni plak raya kelima..beraya di rumah adik lelakiku yg no 3 plak...die dgn bini die ni polis kat kuala langat.. bertemu kat satu tmpt kije la gak. dar kiri yg berbaju oren tuh, sil ku Amy, wan(adik lelaiku a.k.a suaminye), yg tgh2x tuh aku dan darwisya, sebelahnye ayah dan ibuku...mase ni bersiap dah nak balik jb semula..kami bermalam 1 hari je dirumah wan.



 SIL, mak dan ku & darwisya yg gile meroyan  nak berposing raya. aku paling suke ngan sil ku yg ini. die baik sgt dan pandai memasak...mcm2x lauk dimasaknye mase kehadiran kami..dn die jugaklah yg paling agak mewah bg darwisya  duit raya..eheheh..die ni x kedekut...murah ati sgt...syg my sil.. semoga selamat melahirkan baby awal bulan 11 nnt..die dah pregnant 8 bln merangkap cucu kedua utk ibu dan ayahku..



ni kat bilik amy...tumpang posing jap...hehehe



breastfeeding di hari raya...heheh



wajah penat anak dara ni lepas pulang ke jb semula...











Image Hosted by ImageShack.us

POTRET HARI RAYA DI RUMAH MERTUA


wajah darwisya sebelum 2 hari nak raya..mase nih baru je sampai kerumah neneknye yang sebelah hubby(rumah mertua) .sampai hari jumaat mlm pkul 9mlm. Inilah pertama kali kuarga hubby menatap wajah darwisya cucu mereka



Gambar mama dan darwisya di mlm raya bersiap nak gi bazar kat simpang renggam, borong baju darwisya n buah tgn utk mil n fil. Mase kat bazar tu abah die kendong die..die tido plak..nasib baik tido..hehhe . Lenguh kaki tgn abah pegangdie..tu la sape suh tinggal stroller! pdn muka abah!



Di pagi raya pertama bersama kuarga baruku..mama syg abah dan darwisya! Syg mohon ampun dan maaf sempena hari yg mulia nih...



Bersaama kuarga mertua di simpang renggam..dr kiri atuk darwisya (en sariyani), Pija(makcik sedara darwisya), abahnye (en somi), mama yg berbaju oren tu ialah saya, dan nenek darwisya(pn saringaton)
lepas bergambar , terus bergerak ke rumah nenek dan sedara mara hubby. balik umah dah kul 5 ptg...leypark terus darwisya



lagi satu potret kuarga hubby..yg berbaju itam tuh lagi seorg adik hubby yg no 2(mazlan). adik beradik hubby cume 3 org je...hubby anak sulong. so, kat umah tuh x riuh sgtla...dengan kehadiran darwisya, sikit sebanyak memeriahkan lg suasana hari raya kami.,alhamdulillah



nihlah wajah penat anak dara mama lepas balik dr beraya..lepak giler...hehehe..lepak die mcm dah kenyang makan ketupat plak...padahal minum susu mama je tuh...tp disebabkan mamanye menketedarah  , maka anak mama nih pon kena dirrhea yg agak teruk...asyik poo poo je manjang...byk plak tuh...hehehe..cian anak mama...mama balas dendam lepas pantang sbnrnyer....:)



kuih raya di rumah mil...byk! ade yg buat , ade yg beli dan ade yg dibg oleh menantu antu die ni..hehhe





Image Hosted by ImageShack.us

MY RESEARCH

SILA ISIKAN SOALAN DI BWH YE MOMMIES SEMUA! TINGGALKAN NAMA DAN EMAIL. NAK BUAT RESEARCH.tq

Adakah anda seorang yg bergelar mama? jika ya...adakah anda seorang yang fully breastfeed anak anda atau anda memberi minum susu formula? sila jawab..
Jia anda pengepam tegar(expressing breastmilk), pam jenis apa yg anda guna?
Adakah anda pakaikan Cloth Diaper(CD/Cding) kepada anak anda? Ada berapa keping CD yg anda ada skang?
Adakah anda suka bershopping online?Produk apa biasanya anda beli secara online?
Name:
Email Address:

create form

I made this widget at MyFlashFetish.com.

KELUARGA KU

Blog Widget by LinkWithin