My Family Puzzle

ANDA PENGUNJUNG YANG KE

JIKA ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE 19,281, SILA EMAIL KE fizza_81@hotmail.com beserta bukti no pengunjung anda. Hadiah misteri menanti!!

I LOVE BREASTFEEDING

I LOVE BREASTFEEDING

Thursday, September 24, 2009

KESAH HARI RAYA PERTAMA HINGGA KELIMA KUARGAKU

alhamdulillah hari ni dah masuk 5 shawal kite umat islam menyambut aidilfitri tanda kemenangan kite semua... walaupon tahun ni ku mnyambut raya dalam keadaan yg masih baru lagi habis berpantang tp tak merubah apepon sgt...sama je mcm tahun2 lain..heheh..mentekedarah segala benda cuma yg membezakan raya thn ni dgn raya2x sebelum ni ialah rya tahun ni lebih bermakna dan lebih istimewa buatku memandangkan tahun ini adalah tahun pertama kusambut raya sebagai seorang isteri dan yg paling2 istimewa kerana tahun ini kusambut nye bersama2 dgn puteri kesayanganku nur darwisya...rase bahagia sgt..lain rasa perasaan tuh...kdg2x mcm tak pcaya pon ade ku sudah bergelar ibu. Dan lagi istimewa apabila dpt beraya bersama kuarga baru juga iaitu kuarga belah suamiku di simpang renggam jhr.

Kubersyukur krna jarak tmpt tinggal ku dan en hubby ku tdklah sejauh mana. Perjalanan dr jb ke simpang renggam cume mengmbil mase 45 minit jer klu tak jammed. 
Ku balik kampung mertua di simpang renggam pd hari jumaat . kami sampai malam sebab bertolak lepas berbuka puasa. kiranya ku balik agak awal jugak thn ni memandangkan kumasih cuti berpantang lagi..kebetulan hubby plak dpt cuti awal. lagi 2 hari nak raya ku  hubby dan darwisya sudah smpai ke rumah mil dan fil..
sesampai je depan rumah, MIL trus je sambar darwisya...tak nyempat2x plak Mil ku itu,...hehehe..maklumlah, utk pengtahuan, kuarga mertuaku belum berkesempatan lagi tgok darwisya sbb dorang tak ade kenderaan utk ke jb..dimana tmpt ku berpantang di rumah mak dan ayahku di jb.
so tu lah 1st time kuarga mertuaku dpt menatap wajah cucu mereka setelah hampir sebulan lebih darwisya dilahirkan...kufaham keadaan mereka waktu itu...terlalu excited menerima cucu baru..tmbah lagi darwisya adalah cucu pertama bg kuarga hubbyku..(dan cucu pertama juga buat ibu dan ayah kandungku)
mana lah dorang tak xcited kan..
selama di kampung b4 hari raya tu, tak ade ape sgt yg kami sekuarga buat...adat kuarga hubbyku lain skit...dorang org jawa..jadi persiapan raya tak sama dgn org melayu biasa dimana ketupat rendang n lemang semer dah dibuat awal2x sebelum seminggu nak raya...spt biasa seminggu b4 raya, seluruh ahli kuarga MIL ku dan semua jiran2nya akan memasak segala ketupat rendang dan saling bertukar2 hidangan . So bila hari raya, dorang dah tak buat ketpat tu lagi sbb sluruh kuarga hubbyku akan berkonvi ramai2 ke rumah sedara mara dr pg sampai ke ptg. Tp pagi raya lepas solat ari raya, mil ku cuma masak nasi dan lauk biase jerk utk dimakan sbg alas perut . Kira hari raya pertama tu kitorg semer akan kerumahsedara mara hubby termasuk nenek hubby dan disana baru dpt nikmati hidangan hari raya.
menu org jawa antara yg ade pagi tu adalah BERASAK, LEPAT. Antara menu raya yg baru pertama kali ku kenal..heheh...
sblum tu, Mlm raya ku dan hubby bawak sikecik g bazar raya ..dpt gak le ku belikn mil tudung dan kain pelekat utk fil ku..
pagi raya lepas hubby fil dan adik iparku sembahyang sunat raya, kitorg beramai2x jalan dr satu rumah ke rumah yg lain..last sekali baru gi umah nenek hubby..kat umah nenek kitorg duduk agak lama skit. semuanya dekat2x kawasan rumah mil gak...
setiap rumah yg ku gi pasti seronok melihat darwisya..maklumla org baru dalam kuarga mil ku..sikit sebanyak mil ku agak berbngga sudah bergelar nenek...hehehe...
alhamdulilah darwisya tak byk buat hal..spanjang perjalanan die byk tido..bila nak susu je die menangis dan bile kusumbat nenenku, terus die diam dan akan tdo balik...itulah kejenya sepanjang raya pertama..heheh
senang kije mama bila darwisya mcm tuh..tp ade gak yg ckp dgnku...ni masih baby senanglah nak jaga...die tido je kejenya tp sok bile dah besar skit , dah pandai berjalan, siaplah...lagi susah nak jaga...
yer..aku akui kata2x mereka..kat kepala pon dah terbayang2x bagaimana keadaan darwisya bila menyambut raya thn depan nanti...pasti waktu tu darwisya dah jdi begitu aktif...yelah raya hn depan umur darwisya sudah menjangkau setahun lebih...kadang2x ku rase x sbr nak tunggu die besar...

ku dikampung mertua ku selama 4 hari... raya kedua dalam pkl 6 ptg kami bertolak utk pulang ke jb braya bersama kuarga ku plak.dlm keadaan ujan lebat ku drive keta dlm keadaan jalan yg sgt sesak. 
keesokan harinya iaitu raya ketiga ku , emak, ayah, adik bongsuku dan adik no 4 bersama istrinya(sil) berangkat ke rawang rumah adik ku yg no 4 tuh... kami nak beraya ke rumahnya utk tgok sekali rumah barunya selepas berkahwin buln 6 yg lepas.
malam raya keempat kami kerumah mak dan ayah  sil pula(iaitu besan mak dan ayahku) di kuarters bukit aman..mcm2x yg kubedal kat rumahnya..fyi mase raya pertama ku sudah genap 46 hari lepas bersalin..tp semua segala makanan raya kubedal..mentekearah.   kusoka..hehehe..ala dah habis pantang 44 hari kan..tmbah lagik mil pon ckp makan jelah pe ku nak mkn...hehehe..
yelah..ku sama membalas dendam gak setelah hampir 44 hari berpantang..huh..seksa btl utk diriku yg kuat mkn ni...betul2x balas dendam ..heheh

raya ke lima iaitu pd hari ini  5 shawal, ku dan kuarga ku kerumah adikku yg no 3 plak... mase aku mencoret entry ni, ku ade kat rumah adik ku itula...leh krna kami sekuarga dah penat, kami pon buat keputusan utk rehat je kat umah...kat tv astro skang ade drama tajuk  d'debab raya..sonok plak citer nih..so, smpai disini saje coretanku di blog ni setakat ni..sebelum anak daraku itu menangis minta susu, baik ku undur diri..sebelum tuh nak bgtau kami balik jb esok(raya keenam)..sebab raya ketujuh nanti sedara mara belah emakku di singapore nak dtg...berombongan dorang dtg kerumah kami nanti..
nanti gambo2 raya akan ku hapdet kn di kemudian entry k..
salam aidilfitri dariku..




Image Hosted by ImageShack.us

new signature

baru belajar buat signature nih...huhu...betapa jakunnye mama darwisya nih..hehehe..



Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, September 23, 2009

LAGU RAYA CHIPSMUNK UTK DARWISYA DAN PEMBLOGGER BERSEMPENA AIDILFITRI

SO CUTE!!!! HEHEHHE



NIH PLAK LAGU RAYA DARI

Hatsune Miku ...HAHAHHA..COMEL BANGET




Image Hosted by ImageShack.us

COOLABABY ClothDiaper GIVEAWAY !!!.... :)

Dah raya ke empat dah hari ni...Ku skang dah ade kat umah adikku yg nombot 4 kat rawang...boring2x...ku pon  saja skodeng baca blog org ...sekali terjumpa pasal give away ni yg di buat oleh Cik Puan Sara a.k.a mama khalysh yg comei tuh...even ku tak brape kenal dgn mama khalysh ni, tp ku amat seronok baca crita criti nya ttg coola baby cd yg dijual oleh nyer...
utk pengetahuan, ku dah ade 4 pasang cd nih...ku dapatkan dr intenet gak...3 dr mama Qis n 1 dr lunatot.
Sebab tuh bila ade entry pasal CD ni , ku jd over xcited...ku mmg nak penohkan stok CD utk anakku darwisya..klu leh nak ber full CD laa..jimat segala2xnya...susu dah jimat(since fully bf), ni drypers pon nak gak jimat...klu leh nak cukopkan smpai 20 pcs cd...baru rase conpident ckit nak ber full CD...insyaAllah....buat mama khlysh(pn sarah)...harap2x lepas ni buleh beli CD dr pn sarah sendiri or mgkin jugak sy pemenang cabutan bertuah utk coola baby CD nih...insyaAllah...so, sesape berminat nak join give away ni, boleh gi ke site penganjur --->Pn Sarah ibrahim
di bwh ni adalah tawaran give away yg dibuat:

FREE

1WETBAG + 1CD(w. 1 insert)+1cute legging!
Nak? :) Syarat2 nyer, mudah aje...:

1. Buat 1 entry dan promote pasal GIVEAWAY ni & blog ni kt blog korang :)  ~ done
2. Pehtu jgn lupe link kan blog ni kt blog korang... ~ done
3. Pastikan korang signup utk jadi follower blog nih...
~done
4. Last sekali dah selesai suma yg diatas...
sila tinggalkan komen / msg supaya kite leh link blk blog awak dan pastikan awk tersenarai lam peraduan nih...ok
~done
5. Pemenangnyer akan dipilih mll cabutan bertuah yg akan divideokan nnt :)

serba sedikit info ttg Cloth diaper 
 

  • Kesihatan – Disposable diaper(DD) mengandungi:
    • Dioxin, which in various forms has been shown to cause cancer, birth defects, liver damage, and skindiseases, genetic damage, is a by-product of the paper-bleaching process used in manufacturing disposable diapers, and trace quantities may exist in the diapers themselves. Dioxin is listed by the EPA as the most toxic of cancer related chemicals.
      Diharamkan di banyak negara, tetapi tidak di USA (syarikat pengeluar dispo utama dunia)
    • Tributyl-tin (TBT) – a toxic pollutant known to cause hormonal problems in humans and animals. Ia merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.
    • Sodium polyacrylate -If you have ever seen the gel-like, super absorbent crystals in a disposable than you have seen this first hand. Sodium polyacrylate is the same substance that was removed from tampons because of its link to toxic shock syndrome. Polimer ini menyebabkan alergi teruk seperti muntah, infection dan demam.
    • Dan sejauh mana efek campuran ketiga tiga bahan kimia ini terhadap anak kita, fikir fikirkanlah..
    • Penggunaan DD meningkatkan jumlah peratusan bayi yang rashes daripada 5%(1955) kepada 78%(1991).
      This is due to allergic to chemical(seperti yang dinyatakan di atas),  lack of air, suhu yang tinggi berada lama di dalam ‘plastik’. Bagi DD yang ‘tahan lama’ dengan cara ‘lebih penyerapan dan lebih harga”, penggunaan DD yang terlalu lama boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan ammonia melalui urine.
    • Tahukah anda, DD juga menyumbang kepada penyebab athma di kalangan bayi.
    • Kajian tahun 2000 (German) menyatakan suhu yang terlampau tinggi pada bahagian skrotum bayi lelaki menyebabkan kerosakan pada his cooling mechanism dan boleh mengakibatkan masalah kemandulan.
  • Alam Sekitar
    • Untuk sebuah rumah yang mempunyai anak kecil, 50% sampah adalah DD.
    • Tahukah anda yang DD ialah sumber ketiga TERBESAR sampah didunia. Sedangkan hanya 5% population dunia yang menggunakannya (bayi + org tua sahaja). Dan sampah DD ialah intractable problem (difficult to manage)
    • DD mereput dalam tempoh 500 tahun!
  • Cost
    • Bayi baru lahir memerlukan 12 keping diaper sehari sehingga pattern perkumuhannya stabil (2 bulan). Tapi berapa ramai yang ’sanggup’ tukarkan DD anak 2 jam sekali?
      Ramai yang lebih rela save duit daripada mengurangkan risiko bahan kimia terhadap anak (Saya pun antara yang kemut)
      • Cost CD (20 keping) = RM980
      • Cost DD  (50senx12×60hari) = RM360
      • Anak berumur 2 bulan sehingga 3 tahun (34 bulan) menggunakan 6 DD sehari
      • Cost CD = RM0 (Gunakan CD yang sama masa nya newborn)
      • Cost DD(50 senx6×30harix34bulan) = RM3060
      • Provided anak anda menggunakan brand biasa seperti Huggies, Drypers
      • Jika anda ‘terpaksa’ menggunakan MamiPoko utk mengurangkan masalah rashes anak anda,  kosnya menjadi RM6120
  • Early Potty Train
    • Menurut kajian Wall Street Journal pada 4 May 2000, bayi yang memakai DD akan memulakan latihan membuang air pada usia 36 – 42 months! Iaitu 6 bulan lebih lambat dari yang sepatutnya.
    • Ini berikutan pengenalan Gel Penyerap (Sodium polyacrylate) yang mengwar warkan ‘even when they’re wet,they’re dry’ adalah ‘penyebab’ kepada lambat nya proses potty train
    • Sementara bayi yang memakai CD akan mula belajar potty train lebih awal (paling lewat pada usia 30 bulan)Memetik kata kata dalam entri ini yang bayi sepatutnya rasa basah apabila mereka basah.





Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, September 22, 2009

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal..


 aku dpt from email...sayangilah emak anda


Mak.....
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.......
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.......
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....

ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....


Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak........
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....


Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap......
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan....
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter....
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan......

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid....
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter....
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

P:S
surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu
mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya
anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .


Image Hosted by ImageShack.us

Friday, September 18, 2009

GENAP 44 HARI BERPANTANG

aLhamdulillah..hari ni 18/9/09 genaplah tempoh berpantangku selama 44 hari...padahal rase cam dah lama abis pantang...   
maka genaplah juga usia nur darwisya 44 hari ...darwisya dah pandai ketawa apabila di agah... suke mama usik die sejak die dah pandai ketawa/ boleh disitilahkan sbg 'sengih'...sbb die sengih n senyum je tp x dengar sore ketawa...hehehe...x sbr nak tgu darwisya genap 2 bulan...x sbr gak nak tgok darwisya dah boleh meniarap,gelak dan sebagainya....mesti lg ceria umah kami...mama syg darwisya!
Apepon..selamat hari raya...lagi 2 hari kite akan beraya...yg nak balik kg tuh..hati2x di jln raya semoga selamat ke destinasi...lepas raya jumpa lg





Image Hosted by ImageShack.us

CUTEST BABY POCOYO CONTEST!!

 Tadi try masuk blog cikCT , saje nak ziarah memandangkan die telah meng-shout ku...hehehe...semata2x nak balas shout die...1st thing yang aku nampak dalam blog die ialah this posting(below) sbb posting ni ada kat 1st entry die dlm blog tuh... there's contest! Tak pernah sepanjang  aku berblogger, aku join any contest..mmg tak pernah..tp dgn contest ni, tergerak lak hati nak join. so, ni lh 1st contest yg aku join wat sekian kalinya...kebetulan plak my princess darwisya baru gak berposin dgn guna snow cap nih...mcm disorongkan bantal ler..heheh...ni le entryku b4 hari raya!

okeh,menurut kata cikCT, penganjur contest ni ialah mommy stephani liah--- ni blog puan penganjur---> http://ryanraffael.blogspot.com
or boleh terus ke http://ryanraffael.blogspot.com/2009/09/pre-loved-fisher-price-give-away-cutest.html?zx=d7f3c06ed524e6ec
 
1.Become a follower of my blog and leave a comment to let me know (or, if you are already a follower, tell me that too!) ~ DONE


2.Blog about this giveaway and describe your child in 5 words and elaborate them(English/Bahasa).Then leave a comment with the link to your post on my giveaway entry.Open to boys and girls. ~ DONE


3.Sent ONE cutest style with SNOW CAP(For example:photo above-any colours)~ DONE


4.Age:Newborn-6 Years Old,only ONE child. ~DONE


5.Copy paste the sticky mode and put it on the side bar. ~DONE


Remark:
The contest closes on 1st October 2009,12pm.A Winner will be chosen using random(greatest pocoyo style),greatest blog about give away and 5 greatest elaborated words and announced within a week.Thanks for participating!

Only ONE winner!
1st Prize:Fisher Price bouncer and Fisher Price Playmat!!(We are moving out and need to give away those outgrow items)
GOOD LUCK!
This is my cute little princess



Name : Nur Darwisya Damia Bte Roslan
Age: 1 month n 12 days old
D.O.B : 6 August 2009
P.O.B : Hospital Pakar Puteri Johor Bahru
Weight(now) : 4.7kg
Ku gunakan 5 huruf namanya utk elaborate my princess :
DAMIA :
D) Dia comel sangat! - hehehe..lantaklah..sape lagi nak puji anak sendiri kalau bukan mamanya sendiri ber'perasan' skit...ye dak? Kadang2x ku sendiri geram dgn kecomelan dan ketembaman pipi anakku ni..rasa mau dicubit2x sampai merah. Selalu ku geram dgn anak org lain tapi kali ni ada anak sendiri plak. ku mmg suka budak2x tau! geram sgt! Hari2x aku gomol Darwisya ni smpai abah dia naik marah...nanti penyek anak tu katanya..hahhahah
A) Asyik - atau dgn erti kata lain kusyuk + focus pd sesuatu benda yang dia pandang. kadang2x sampai ada bunyi mcm bom meletup pon die tak sedar oleh kerana terlalu asyik dgn benda tu. Kalau dia dah kusyuk tu, org agah2x die pon die tak heran...
M) Mengamuk - pantang lambat bagi susu, meraung mcm org nak mengamuk tulaa..memberontak, menjerit dan jeritan die mcm nak pecah anak tekak anak mama ni. Dah lah suaranya nyaring...mmg bergema tangisan die satu rumah. Kalau org tak dukung dan dodoi dia pon, dia boleh mengamuk...aduhai..anakku ni manja bukan main!
I)  Indah ciptaan Tuhan - Ku amat bersyukur pdNya kerana menganugerahkan ku seorang puteri yang cukup bermakna dalam hidupku.... mama sayang sgt kat darwisya...amanah tuhan ini tidak akan mama abai walau sedikit pon demi melihatmu hidup dan membesar dgn sempurna sayang... dan hakmu utk membesar dgn air susu mama akan kutunaikan sehabis boleh sehingga umurmu mencecah ke 2 thn sayang! mama love breastfeeding!
A) Anakandaku yang suka ketawa dan senyum- even usianya baru sebulan lebih tapi ku perasan akan tabiatnya yang sudah pandai tersenyum dan boleh dikatakan mcm nak gelak apabila di agah...kalau tak gelak pon, dia sengih mcm kerang busuk...dan die cukup suka sekali apabila mamanya ini yang mengusiknya...pasti dia akan tesengih menampakkan gusinya yang besar tuh...hehehe..mama sayang anak mama...moga darwisya jadi anak yg mendengar kata dan solehah..amin!


Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, September 13, 2009

KESAH NAK RAYA



ni baju raya anakku si darwisya yg baru berusia sebulan 7 hari tu...dah siap dah baju die..sedondon dgn baju mamanye tp baju ku tu blum siap . mgkin 2 3 hari nih siaplah..baju si kecik ni sipa dulu,...comel beno aku tgok bajunyer...sampaikan akak tukang jahit tu ckp, dah mcm baju anak patung dah..hehehe..saje je buat..padahal budak tu kecik lg...x sgka plak jadi baju ni...comel sgt...wah..beraya sakan le anak dara aku sorang tuh tahun ni

Nih plak hadiah baju yg die dpt. Jiran n sepupu ku bg mase dorang lawat nak tgok darwisya beberapa hari lepas…dah bukak dah pon…leh gak wat baju raya die…pakaian dari anakku dgn hello baby…wah, bergaya sakan anak ku thn nih…maklum le 1st time nak sambut raya kat dunia nih…hehehe
Nih semer kuih2 raya yg aku  beli khas utk mertua aku di simpang renggam. kuih strawberry chocolate, tart nenas,kuih kacang badam,bahulu dan sepeket kerepek...nih je yg mmpu ku bg...duit raya lain plak..insyaallah lg 2 hari nak raya balik le kami ke kampong…lakiku la yg nak balik awal..maklum le dpt cuti cepat…aku plak mmg beraya sakan sbb sekali cuti ngan cuti confiment..nampaknye aku dpt cuti raya selama 3 minggu la thn nih…mean, lepas 3mggu raya baru aku naik kije smula..huwaaa…malasnye ! tingat kije, tingat plak stok ebm…huhuhu…dah cukup belum ek?
 
paling suke aku kuih strawbery coklat nih...sedap smpai menjilat jari...harga sebalang rm18 kat dlm ade 50 biji....tiap tahun mmg aku order kuih nih sejak 2 3 thn lepas...
anyway s
SELAMAT HARI RAYA BUAT WARGA BLOGGING...MGKIN SMPAI RAYA AKU XDPT MENTENET...JUMPA NANTI LEPAS RAYA.INSYAALLAH
                                                         
Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, September 12, 2009

ANAK AKU KENA GROWTH SPURT

Tadi aku buat kesekian kalinye masuk ke blog member si.com...aku terbaca posted die yg ini :
Air tak payah nak ckp la.. terasa haus sentiasa. Tekak ni kering je. Bagi sesetengah ibu, mereka akan terasa lapar dan haus yg melampau (tetapi tak la sampai kebulur) ketika anak kena growth spurt. Badan seolah-olah tau yg si ibu perlu consume makanan dan minuman secukupnya utk pastikan susu badan dpt dihasilkan mengikut demand si anak yg akan menyusu lebih kerap ketika growth spurt.
uih...mcm terkena btg idung sendiri skang nih...growth purt spt yg kite tau, baby akan mula demand yg tinggi pd susu...mean baby akan minum susu byk dan kerap. Pd mulanya aku x perasan yg anakku kena simptom ni...biasenye growth spurt nih terjadi semasa peralihan usia baby dr sebulan ke sebulan....dan anak aku sendiri bru terkena simptom ni memandangkan die baru memasuki usia sebulan lebih.
Skang ni Darwisya mmg kuat sgt menyusu, mula2x aku rase pelik..dlm ati dok tertanya2...kenapa darwisya asyik menangis dan nak menyusu je nih? smpaikan selagi die tak menyusu selagi tu die x henti menangis dan xboleh tido...so, dgn rasminya pernah kami anak beranak tak tido sampai pg. sib baik masih bercuti pantang...xdela aku kesah sg..cuma terpikir gak mcm mana if growth spurt nih berlaku mase aku dah berkerja esok? uih...x tergambar...huhuhu..
tp klu mengikut kata2 kat atas ni,mmg serupa dgn apa yg aku alami. Aku perasan jugak yg sejak dua menjak nih ku makin byk sgt makan. walhal sebelum berlakunye growth spurt ni,dan mase aku dalam confiment mggu2 sebelum nih, aku selalu xde selera mkn...malah sikit je mkn..kdg2 rase takut gak bila dah semakin bselera ni...walhal aku nk sgt jaga bdn...hehe..yela, berat aku skg 66kg...target nk turun smpai 60 jd la sbb aku tau berat bdn aku susah skit nk turun ..(tah ke sejak ngandung ni makin gumuks comel lak aku..dan setelah dpt info ni td,br aku ngerti yg ini semua berlaku gara2x growth spurt ank ku...tp mmg aku tertarik dgn quote di ats ni...aku repeat lg beberapa petikan kt ats tu,
Badan seolah-olah tau yg si ibu perlu consume makanan dan minuman secukupnya utk pastikan susu badan dpt dihasilkan mengikut demand si anak yg akan menyusu lebih kerap ketika growth spurt.
patot la aku kuat mkn!



Image Hosted by ImageShack.us

DARWISYA MUNTAH BYK SEMALAM

Mcm nak nangis semalam tgok keadaan darwisya. tah kenape smlm die muntah byk sgt. asal bfeed jek muntah,kire buang susu jerk..xde satu pon msuk dlm perut die.sbb tu die lapo je semalam. tiap 15min nk susu lg...ikotkn ati taknak dah bg die susu bile tgok muntah camtuh tp disebbkn kesian tgok die nangis dan mulut die bergerak2x bg isyarat nk susu, ku bg kn jugak. kirenya hari muntah sedunia darwisya la..sian die..mas mula2 muntah tu mmg byk yg kuar...tak penah pulak die muntah byk camtuh. mmg terbelahak. lepas tu aku tgok muka die dah mcm worst sgt,siap tercungap2...aku dan mak aku risau gile bile die mcm tuh...mak aku dah xtentu arah dah...suh aku bwk die g spital...tp aku cube relax dulu.tenangkn ati wlupon tuhan je  yg tau perasaan aku bile tgok si kecil berkeadaan mcm tuh.

dgn pantas aku bukak mitten darwisya, tgok2 klu2 exteremeties die kebiruan ke..mean, die sesak napas(kekurangan oxigen)...alhamdulillah jari darwisya dan bibir tak kebiruan..aku cube tepuk2x belakang darwisya dan mengurut nya...bace selawat byk2x...aku biarkan darwisya selesa sendiri di atas dada dan kepalanya dibahukuu... alhamdullilah beberapa saat saja darwisya dah ok semula...agaknya kerana penat sgt, die terus tertido..lega sungguh aku dan emakku..alahai anak mama...betul2x buat mama risau..



Mase tgok muka die tgh tido tu, aku rase terharu sgt, perasaan kesian smua berbaur. tanpa aku sedar, tiba2 je airmata nih gatal mengalir..hehehe..aku ni jadi makin sensitif sejak ade anak ni...aku terbayang klu anak aku jadi ape2x tadi...yg pasti aku takut kehilangan darwisya,anak sulung mama..aku takut sgt...dan baru aku tahu skarang bagaimana perasaan seorg ibu yg sebenarnya...dan aku kini sedang lalui nye...aku berdoa kpd Allah agar anakku sentiasa dilindunginya dan sihat sejahtera...kdg2 kusendiri menyesali diri sendiri. mgkin kerana pemakananku yg membuatkan darwisya jd begitu..mgkin die allergik dgn hati ayam...yer, pd hari itu juga aku ade memakan hati ayam yg dimasak sup(penah dibuat org x?)
mgkin juga aku xsesuai mkn ati ayam. dan aku telah stop dr makan ati ayam. ni semer gara2x emakku yg beriya2x suh aku mkn ati ayam utk tambah darah..die kata aku pucat sgt, mcm kekurangan drh..so, die belikan ati ayam..hm..tahla..aku x salahkan ibuku..benda nak terjadi..kite pon xtau...
sejak peristiwa ni aku lebih sedar akan pemakananku..akak ku jaga pemakananku utk menghasilkan BM yg tebaik..semuanya utk anak mama


 
Image Hosted by ImageShack.us

MY RESEARCH

SILA ISIKAN SOALAN DI BWH YE MOMMIES SEMUA! TINGGALKAN NAMA DAN EMAIL. NAK BUAT RESEARCH.tq

Adakah anda seorang yg bergelar mama? jika ya...adakah anda seorang yang fully breastfeed anak anda atau anda memberi minum susu formula? sila jawab..
Jia anda pengepam tegar(expressing breastmilk), pam jenis apa yg anda guna?
Adakah anda pakaikan Cloth Diaper(CD/Cding) kepada anak anda? Ada berapa keping CD yg anda ada skang?
Adakah anda suka bershopping online?Produk apa biasanya anda beli secara online?
Name:
Email Address:

create form

I made this widget at MyFlashFetish.com.

KELUARGA KU

Blog Widget by LinkWithin